Hidupku menjadi indah bila aku dapat hidup bersama mu.Senyummu menjadi penawar buatku tiap hariku.Memang terlalu banyak halangan buat kita tetapi aku harap engkau dapat memahami keadaan kita biarpun aku selalu mengharapkan aku mendampingi mu setiap saat dan waktu tanpa terpisah seminit pun..
Dan aku ingin engkau menjadi permaisuriku, matahariku, bulanku lalu menghiasi dan menerangi setiap pelusuk ruang hidupku... Biarlah engkau menjadi nafas hidupku,di setiap nadimu yang berdenyut aku hidup di hatimu..
Percayalah setiap airmata yang mengalir di pipimu hanya melukakan hati ini..
Aku ingin engkau menjadi bulanku agar dapat ku tatapi di setiap malamku bila aku berjauhan dari mu..Dan di hati ini hanya ada sebuah tempat itu adalah untuk cintamu takkan ada cinta lain kerana aku tak bisa hidup tanpamu..
Rindu yang datang tanpaku undang seringkali menemani bila bayu mula berbisik sayu ketika berjauhan darimu...
Betapa aku amat merinduimu..
Rindu setiap tawamu,rindu setiap kata-katamu, rindu setiap garis wajahmu...
1 ulasan:
Da baca tolong like sikit jadi adalah semangat sikit untuk menambah blog nie..kalau ada yang komen pun di galakkan mungkin dapat pandangan atau pendapat dari anda semua kerana saya pun baru belajar...Harap-harap saya dapat sambutan dari anda semua... Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..
Catat Ulasan