Manusia di cipta dengan sekeping daging iaitu hati...Hati la yg membuat kita berbeza sama ada miskin atau kaya,hodoh atau tampan..Memang hidup itu penuh dengan lakonan sendiwara dan dunia adalah pentas hidup manusia dengan bermacam-macam ragam..
Mereka selalu berkata bukan senang nak jadi senang,bukan susah nak jadi susah...Mungkin hidup ini tidak bermakna jika tiada dugaan atau rintangan..Dan ada yang tertewas dengan rintangan itu, ada hanyut kerana rintangan itu, ada juga yang sanggup mati kerana rintangan itu.
Hanya satu yang dapat kita lakukan iaitu berusaha dan bertahan sedaya yang kita mampu dan ingatlah orang yang selalu di sisi kita.Sebab tanpa kita,mereka bukanlah siapa-siapa dan tak punya apa-apa..
Kita tak perlu jadi kuat atau kaya untuk mengenali diri sendiri. Merenung ke dalam diri umpama kita melihat diri kita di dalam cermin..Dan ada masanya kekayaan itu bisa membuat kita buta dengan hidup...Dunia nie terlalu mencabar buat kita,dengan hati yang selalu menginginkan memiliki sesuatu melebihi kemampuan kita sebagai manusia biasa..
Inilah permainan duniawi