Khamis, 30 Ogos 2012

Engkau Yang Aku Rindu...

    Mengenali mu adalah perkara yang terindah dalam hidupku..Melalui facebook kita mula mengenali dan ternyata kita mempunyai banyak persamaan tanpa kita sedari..Sehari bila berbual dengan mu hidupku bagaikan tak lengkap..Sayangnya kita lambat di pertemukan tapi aku tetap gembira biarpun hanya menjadi kawan..Aku tidak akan menganggu kebahagiaan mu,kerana aku tahu engkau bukan milikku..Kita tak perlu memaksa keadaan atau menahan bumi untuk berputar..Biar pun aku senantiasa merinduimu,pintaku cuma satu...

  Iaitu walaupun awak menganggap ia kesedihan padaku tapi tolong jangan menganggap ia membuat aku lemah..Aku ingin awak bahagia dan gembira kerana hanya itu la perasaan yang dapat ku tumpang dan jika awak bersedih, aku akan bersedih..


Ahad, 26 Ogos 2012

About me

Tujuan saya,
Semua orang memang pernah kecewa dan terluka...Tapi bukan mudah menerima kenyataan itu biarpun dia tiada di sisi kita..Dan bukan mudah melupakan seseorang yang kita sangat cintai..

Ini diriku..Laut tidak selalunya tenang, langit tidak selalunya cerah..kerana kita salin memerlukan satu sama lain..

Setiap kejadian di muka bumi ini mempunyai kekurangan dan kelebihan tersendiri..Cuba yakin pada diri sendiri jangan kira berapa kali kamu jatuh.Jangan sekali peduli apa yang orang sebelah katakan jika kamu ingin maju,jika ia dapat membawa kebaikan untuk diri kamu..Ingat saudara ku di mana  bumi di pijak di situlah langit di junjung, berpijaklah di bumi yang nyata..Jangan kita buta kerana duniawi

My Email
hazth72@gmail.com


Rabu, 8 Ogos 2012

Tiada

   Hari berganti hari,masa berlari pantas namun masa tak pernah berhenti untuk sesaat..Dan kita masih terpaku butuh,hilang di pertengahan jalan tak tau ke mana arah yang di tuju.Kita masih tertinggal di belakang masih mencari sebuah jawapan yang mungkin tak wujud...

    Lihatlah kehidupan di sekeliling kita,bermacam watak, bermacam ragam manusia yang ada
.Masing-masing menunjuk kan diri mereka betul..Masing-masing ingin menang biarpun cara itu salah..

       Perkara yang paling susah manusia itu lakukan adalah memaafkan kesilapan orang lain...
Kedua mengakui kesilapan diri sendiri dan jika di bandingkan Sepuluh kebaikan dengan satu satu keburukan..

Hidup Ini Selalu Begitu: Engkau Bukan Tercipta Untukku..

Hidup Ini Selalu Begitu: Engkau Bukan Tercipta Untukku..: Ketika malam kian jauh melangkah pergi.Resah meyelimuti hatiku, rindu yang tak pernah terjawab, Ku tahu dirimu telah menjadi miliknya.. ...