Hidup Ini Selalu Begitu
Rabu, 16 Ogos 2017
Informasi Smartphone
Khamis, 23 Mei 2013
Cara Memendekkan Skim Rumah PertamaKu
Skim Rumah Pertama aku
Anda pembeli rumah pertama? Dapatkan maklumat anda disini
Assalamualaikum yop.. apa macam? ada bagus? harap semua OK lah. Aku je yang tak sempat nak tulis apa-apa macam biasa. Nih, terasa rajin sikit bolehlah taip sikit corat-coret buat tatapan yang berhajat.
OK gini, biasanya kita kalau beli rumah guna loan, sure kita nak bayar bulan-bulan murah. Supaya tak menjejaskan perbelanjaan isi rumah yang juga perlukan komitmen bulanan yang banyak. Aritu ada sorang kawan aku ni bagi tips mudah. Patut aku takleh share kat sini, sebab dia kata ini teknik patented hahahaha.. tapi aku nak share jugak sikit-sikit, nak bagi korang buat planning sikit. Yang aku share ni bukan korang taktau pun, cuma mungkin tak perasan boleh digunakan untuk memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman.
Kita panggil teknik ni, teknik boomerang..huhuhu.. ape pasal boomerang. Sebab boomerang ni, bila kita baling sejauh mana pun, dengan teknik balingan yang betul, boomerang tu akan datang balik kepada kita. Sapa yang tak tau ape kebenda boomerang tu, silalah bertanyakan pakcik google ok.
OK gini, katakan kita buat loan selama 30 tahun untuk satu property yang kita beli. Katakan property yang kita beli dalam RM200K, interest rate pada kadar 5% setahun, ansuran bayaran balik ialah sebanyak RM1,074 sebulan (bayaran sebenar bergantung kepada interest rate dan pakej loan). Jadi kita akan membayar sejumlah RM386,512.00 (rujuk calculator pinjaman http://www.auctions.com.my/calculator.asp) setelah tamat tempoh 30 tahun.
Katakan, kita ada bajet sebanyak RM200 untuk saving. Menggunakan teknik boomerang, buat saving ke portfolio pelaburan berrisiko rendah yang memberi pulangan (return) yang menarik secara konsisten. Contoh ialah unit saham amanah yang memberi pulangan 15-20% setahun (kena pilih tabungan mana yang return dia OK, buat ler research sikit). Rujuk prospektus dan laporan tahunan yang lepas-lepas untuk buat kajian pelan pelaburan dan potensi pulangan.
Jika kita mula menabung secara berkala untuk tempoh 15 tahun (katakan) sebanyak RM200 setiap bulan, dalam masa 15 tahun dan kesan compounding (pulangan atas pulangan), berikut ialah jumlah tabungan tersebut (profit rate 15% setahun) dari tahun 1 hingga tahun ke 15:
1 : 2572.07
2 : 5557.61
3 : 9023.1
4 : 13045.67
5 : 17714.9
6 : 23134.72
7 : 29425.8
8 : 36728.21
9 : 45204.51
10 : 55043.41
11 : 66463.96
12 : 79720.41
13 : 95107.9
14 : 112969
15 : 133701.35
(sila rujuk http://www.math.com/students/calculators/source/compound.htm untuk pengiraan)
Pada tahun ke 15, kita ada RM133,701.35 dalam akaun unit amanah, manakala baki loan perumahan kita pada tahun ke 15 ialah RM129,531.00. Masa ni kita boleh decide untuk lunaskan (settle) loan rumah kita menggunakan duit dari tabungan unit amanah secara sekaligus (RM133,701.35 – RM129,531.00) dan masih berbaki di tangan sebanyak RM4,170.35.
Nampak tak? boomerang sudah balik ke tangan. Maksudnya, kalau nak lagi cepat boomerang balik ke tangan (lagi pendek tempoh bayaran balik), saving ler lagi banyak. Macam contoh kat atas tu, kalau saving RM270 sebulan, dalam tempoh 13 ke 14 tahun je dah boleh settle loan rumah tu. Sebab tu saving ni penting yop. Tapi bukan saving bawah bantal, tak banyak return dia, kasi taruk dekat tempat yang power return dia dan low risk dari segi fund yang dia laburkan. Ini untuk long term return, bukan fast return.
OK yop, aku harap korang boleh ambik iktibar (peh macam ceramah ugama) dari contoh di atas. Aku just share konsep saja kat sini, perkiraan tu mungkin ada la lari la sikit sebanyak. Bagi yang dah tahu dan dah terror, benda ni takde apa pun kan. Bagi yang tak paham lagi setelah baca konsep ni, sila print artikel ni dan minumlah air rebusannya 2 kali sehari, waktu pagi 1 sudu dan malam sebelum tidur 1 sudu lagi, mudah-mudahan senang paham..hehehe..gurau je yop.
Kisah Motivasi
Kisah seekor monyet
Seekor anak monyet bersiap-siap hendak melakukan perjalanan jauh. Ia merasa sudah bosan dengan hutan tempat hidupnya sekarang. Ia mendengar bahawa di bahagian lain dunia ini ada tempat yang disebut "hutan" di mana ia berfikir akan mendapatkan tempat yang lebih "baik". "Aku akan mencari kehidupan yang lebih baik!" katanya.
Ibu bapa si Monyet, walaupun bersedih, melepaskan kepergiannya. "Biarlah ia belajar untuk kehidupannya sendiri," kata sang Ayah kepada sang Ibu dengan bijak.Maka pergilah si Anak Monyet itu mencari "hutan" yang ia bayangkan sebagai tempat hidup Anak Monyet yang lebih baik. Sementara kedua orangtuanya tetap tinggal di hutan itu. Masa terus berlalu, sampai suatu ketika, si Anak Monyet itu secara mengejutkan kembali ke orangtuanya. Tentu kedatangan anak semata wayang itu disambut gembira orangtuanya.
Sambil berpelukan, si Anak Monyet berkata, "Ayah, Ibu, aku tidak menemukan hutan seperti yang di impikan oleh anak monyet.
Semua binatang yang aku temui selalu kehairanan setiap aku menceritakan bahawa aku akan bergi ke sebuah tempat yang lebih baik bagi semua binatang yang bernama hutan ."Malah, mereka mentertawakanku." sambungnya sedih.
Sang Ayah dan Ibu hanya tersenyum mendengar si Anak Monyet itu. "Sampai aku bertemu dengan Gajah yang bijaksana," katanya, "Ia mengatakan bahawa sebenarnya apa yang aku cari dan sebut sebagai hutan itu adalah hutan yang kita tinggali ini..! Kamu sudah mendapatkan dan tinggal di dalam hutan itu!" Benar, anakku. Kadang-kadang kita memang berfikir tentang hal-hal yang jauh, padahal apa yang dimaksudkan itu sebenarnya sudah ada di depan mata. "
Kita semua sama kata si Anak Monyet itu. Perkara yg sederhana, perkara2 yg berlaku sekitar kita tidak kita perhatikan. Jika kita melihat hal yang "sedalamnya" yang kita cari sudah di depan mata. Tapi kita masih gelisah dengan kerjaya pekerjaan, kita gelisah dengan sekolah anak-anak, kita gelisah dengan segala rencana kehidupan kita. Padahal, yang pekerjaan kita sekarang adalah sebahagian daripada kerjaya kita. Padahal, anak-anak kita bersekolah sekarang adalah sebahagian daripada proses pendidikan mereka dan hidup yang kita jalani adalah bagian dari rangkaian kehidupan kita ke masa yang akan datang.
Tanpa mengira makna masa depan dan sesuatu yang lebih baik, ada baiknya apabila kita fokus dengan apa yang ada di depan mata, apa yang kita kerjakan sekarang, kerana hal ini akan berpengaruh terhadap masa depan anda. Ibu monyet memandang anaknya dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta."
Gagal lagi, anak monyet meneruskan usahanya mencari jawapan baru dan dari tahun ke tahun, Ibunya terus bertanya pada anak monyet beberapa kali dan jawaban dia selalu, "Bukan. Tapi, kamu makin pandai dari tahun ke tahun, anakku."
Akhirnya tahun lalu, Datuknya meninggal. Semua keluarga sedih. Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis. Aku sangat ingat itu kerana itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibu monyet memandang anaknya ketika itu tiba giliran anak monyet untuk mengucapkan selamat tinggal pada datuk.
Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling penting, sayang?" Anak monyet terkejut ketika Ibunya bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu monyet dan anaknya.
Ibu monyet melihat kebingungan di wajah anaknya dan memberitahu, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar" hidup ". Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahu kamu kenapa. Tapi ,hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting. "
Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan air mata. Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting adalah bahumu."
Anak monyet bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala..?" Ibunya membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangin ketika mereka menangis. Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila-bila pun kamu memerlukannya. "
Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tapi, simpati terhadap penderitaan yang dialamin oleh orang lain. Orang akan melupakan apa yang kamu katakan ... Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan ... Tapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti.
"Masa depan anda, kerjaya anda, serta kehidupan anda adalah yang anda kerjakan hari ini."
Maafkan Cikgu
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 Bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.
Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat.
Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan. Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu,
"Maafkan cikgu" ...
Rabu, 22 Mei 2013
Petikan Dari Saudara kita
Hamir Rahman
Pesan Roh Kepada Manusia, hanya jin dan manusia tidak dapat mendengar pesanan ini ...
Pesan Roh Kepada Manusia.::
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :”Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”. Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”. Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”. “Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. “Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah
S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu.” Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:”Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid. 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Isnin, 20 Mei 2013
Cerita Lawak
Penerbangan Di Tunda
Tersebutlah kisah satu pasangan yg baru berkahwin. Sehari sebelum upacara akad nikah….
Emak pengantin lelaki menasihati anaknya… “Nak apabila menghampiri isteri mu pada malam pertama, maka kamu harus kata, “Kapal terbang ingin mendarat”". Emak pengantin perempuan pula menasihati naknya… “Nak, bila suami mu berkata kapal terbang ingin mendarat, maka jawabnya, “Lapangan terbang sudah sedia”".
Hari yg ditunggu-tunggu pun tiba… Si suami tak sabar-sabar dan pabila malam tiba hatinya berdebar-debar. Dia mendekati si isteri lalu mengatakan “Kapal terbang ingin mendarat” Si isteri seperti tidak faham dan berkata “Saya penat bang …mari kita tidur.” Si suami hampa, namun dalam hatinya berkata “Tak apa mungkin isteri aku malu….beri dia peluang kedua”
Tiba malam kedua… Si suami mendekati si isteri dan bertanya lagi “Kapal terbang ingin mendarat.” Malangnya si isteri masih tidak faham. Kerana suaminya ketika itu memegang surat khabar dalam hatinya berkata.. “Berita apa pula ini.. Ah pedulilah kapal terbang mana nak mendarat pun, tak ada kena mengena dengan saya.” Kemudian dia berkata kepada si suami “Sudah lah tu bang, janganlah baca surat khabar lagi, mari kita tidur” Si suami hampa lagi… Tetapi dalam hatinya berkata “Tak apalah esok masih ada.”
Tiba malam ketiga… Si suami sekali lagi dengan penuh harapan dan begitu pasti malam ini pasti aku dapat. Lalu mendekati si isteri dan bertanya lagi “Kapal terbang ingin mendarat.” Si isteri menjenguk ke arah luar jendela dan menggelengkan kepala sambil dalam hati berkata “Mana ada kapal terbang !!” Melihatkan si isteri menggelengkan kepala …. Si suami hampa dan berkata dalam hati “Kejamnya isteriku, membiarkan aku menunggu selama 3 hari tapi masih enggan memberikannya kepada ku.” Si suami dengan muka yg masam terus tidur tanpa mengajak si isteri.
Keesokan harinya si isteri bertanya kepada ibunya “Ibu kenapa suami saya setiap malam berkata, “kapal terbang ingin mendarat??” Si ibu pun berkata “Apa yg kamu jawab nak ? Si anak berkata “Saya tidak jawab apa-apa” Si ibu berkata lagi “Apa anak sudah lupa apa yg ibu nasihatkan tentang malam pertama, sepatunya anak menjawab “Lapangan Terbang sudah sedia”, sebagai tanda bersetuju” “Oh saya lupa lah ibu….tak apa malam ini saya pasti akan menjawab dengan betul”
Maka tiba malam keempat… si suami seperti tidak menunjukkan apa-apa tanda dia akan bertanya soalan yg sama. Malam kian larut… Si isteri tertanya-tanya bilakah gerangan si suami akan bertanya. Si isteri akhirnya berkata dalam hati “Mengapa harus aku tunggu lagi, apa salahnya aku sendiri meng`offer’ kan diri Lalu si isteri pun mendekati si suami dan terus berkata “Lapangan terbang sudah sedia”, Si suami kerana terlalu geram dengan si isteri, dengan muka yg masam menjawab “KAPAL TERBANG ROSAK”"
Coretan Saya
Assalamualaikum Semua..
Nama saya Asmara Kala.. saya buat halaman ini bukan untuk saya.. Saya cuma ingin berkongsi sesuatu tentang hidup, tentang diri kita, tentang pemikiran, tentang yg berlaku dalam dunia,
dan tentang bagaimana pandangan islam..
samada laman web, facebook atau dari pemikiran saya atau pemikiran anda.. Sebab itu
adalah milik Allah swt.. yang buruk itu datang dari saya.. Kesedaran ada dlm setiap diri kita,
saya menyampaikan sebab kita adalah Khalifah Allah swt..
Di dunia ini ada banyak ilmu ada banyak pengamal.. Cuma sebelum berkongsi ilmu atau perkara kita kena buat pernilaian..
Apa pandangan orang lain dan apa yang kita kongsi kan ..Ada setengah orang itu menyampai
kan dengan bahasa kasar, ada yg mungkin berkongsi tentang islam tapi serba sedikit bercerita tentang agama kristien.. Dan paling kita takuti ajaran sesat..